Saturday, November 15, 2008

Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum bankrap

Pernahkah anda dihampiri bankrap akibat tidak dapat membayar kredit kad, pinjaman kereta,rumah dan lain-lain?Jika pernah atau tidak pengetahuan sebelum terjadi kepada diri sendiri perlu ada pada diri kita.Langkah-langkah pasti perlu diambil sebelum tindakan dari pihak bank keatas diri kita.Jika kita menghadapi kesesakan hidup yang mendesak hingga menyebabkan kita gagal membayar pembayaran bulanan kepada pihak bank akan membolehkan pihak bank mengambil tindakan mahkamah keatas diri kita.Bagaimana hendak mengelakkannya?

Langkah pertama:Segala surat-menyurat,bil dan pembayaran hendaklah difailkan secara teliti.

Langkah kedua:Bila pembayaran bulanan gagal dibayar kita selalunya sudah menjangka.Jadi ambil tindakan dengan menghubungi bank dan secara bersurat bagi mendapat kelonggaran pada pembayaran bulanan pada bulan tersebut.Ini untuk memberitahu pihak bank yang kita ada kemahuan untuk membayar.Jangan merasa malu kerana pihak bank akan mengambil kesempatan dari perasaan malu tersebut yang boleh menyebabkan kita menjadi bankrap atau dipenjara kerana gagal membayar pinjaman tersebut.Jika ada jalan lain contohnya seperti jika anda membuat pinjaman secara Islam pada pembelian rumah tukarkan kepada sistem pinjaman konvensional dan tambahkan atau panjangkan pinjaman anda.Ini bagi mengelakkan anda berasa tersepit untuk membayar bulanan anda tinggi.Segala permohonan anda hendaklah secara bersurat kepada pihak bank.Ingat langkah ini jika tiada mendapat layanan yang baik dari pihak bank membolehkan anda membuat aduan kepada bank negara(bahagian pengaduan) atau bank pengantara.SELALUNYA PIHAK BANK AKAN MENGATAKAN TIDAK BOLEH DITUKAR PINJAMAN ISLAMIK KE PINJAMAN KONVENSIONAL INI ADALAH KERANA MEREKA MERASA SUSAH HENDAK BUAT BALIK(MALAS LEEE)......

Langkah ketiga:Pastikan pihak anda tetap membayar bayaran bulanan bagi pinjaman anda walaupun sedikit.Ini untuk mengelakkan anda dari dikenakan surat saman dari pihak bank atau tindakan mahkamah diambil keatas anda.Pihak bank selalu akan mencatat pembayaran yang anda buat dengan catatan 'without prejudice'.Jangan tinggalkan langkah ini jika gagal membayar diATM machine atau cash deposit sila cari bank lain (cawangan lain)pasti pembayaran dibenarkan walaupun sedikit.Jangan malu kerana ia dapat mengelakkan anda dari dikenakan tindakan dari pihak bank.

Langkah keempat:Jangan biarkan pinjaman anda tidak berbayar selama enam bulan.Jika anda biarkan tindakan lelong pasti berlaku keatas anda.BAYAR BERSELANG-SELANG AKAN MENGELAKKAN TINDAKAN DIAMBIL KEATAS ANDA OLEH PIHAK BANK.BIARKAN PIHAK BANK MENELEFON ANDA DAN BERTANYA BILA NAK BAYAR.CARA JAWABNYA SECARA JUJUR BULAN DEPAN KITA BAYAR WALAU PUN SEBULAN INI AKAN MEMBERI ANDA PELUANG BERNAFAS BUAT SEMENTARA WAKTU SEMENTARA MENCARI JALAN KELUAR.

BERSAMBUNG DILAIN POST.

No comments: