Bonus dah tiba lagi.Habuan kerajaan bagi kat pekerja-pekerja bagi tahun 2008. Sebenarnya ada sedikit kekurangan yang sepatutnya kerajaan amik tindakan dari dulu lagi iaitu kenaikan harga barang setiap kali bonus dibayar.Sebab jika dikira atau diingat kembali sejarah kerajaan selalu memberi amaran kepada para peniaga tetapi tidak dihiraukan oleh para peniaga borong.Peniaga borong menjual barang pada peniaga runcit dengan harga mahal jadi akhirnya yang menjadi mangsa ialah kita rakyat yang kena membeli dengan harga yang mahal.Lagi-lagi kita akan mendengar kata dari peniaga sekalian harga terpaksa dinaikkan akibat dari kos pengangkutan(minyakler),kos itu dan kos ini.Yang utama mesti sebab 'kos'.Kata peniaga-peniaga borong/runcit ,'Sudah lama tak naik harga kami, peniaga tidak dapat menanggung kos lagi dan macam-macam alasan lagi'.'Siapa yang mengawasi pemborong-pemborong ni....?Pengeluar tidak dapat keuntungan sebanyak pemborong-pemborong ini....Sistem berniaga kita memang memerlukan PEMBORONG sebelum ia diagihkan kepada para peniaga dan dijualkan kepada para pembeli yang asyik terkena beli.Rasanya perlu ada undang-undang dibawah akta pengguna yang dapat mengawal pemborong-pemborong dari mengaut keuntungan yang terlampau banyak iaitu lebih dari 15% keuntungan bersih.Atau kita minta kerajaan meminda akta sedia ada agar dapat mengawal kekuasaan pemborong dari membolot keuntungan yang banyak dengan membeli harga rendah dan menjual dengan harga terlampau tinggi.
Fikirlah secara logik jika hanya satu pemborong dari etnik yang sama mengawal harga bagaimana akan ada transperencies dalam pembahagian harga yang sama kepada para peniaga yang lain etnik.Cuba tanya En.Lim dari P>Pinang adakah tranperant disitu.Rencana ini bukan untuk menyalahkan orang tetapi ia adalah sebahagian dari cara untuk menyelesaikan masalah....Pikir-pikirkan...
No comments:
Post a Comment