Kita kecik kecik tak tau apa.Tapi bila dah besar mula le nak buat macam macam.kecik kecik belajar,besar pun belajar.Orang kata kalau nak kenal diri biar rata rata baru kenal tuhan yang nyata.Besar besar kita pun bila mati tak da apa pun.Cuba cuba ingat kita masih baru lagi kat dunia.Kena tau kenapa kedunia,nak kemana lepaih ni,dan apa nak jadi kat kita lepaih ni.Orang senang nak tengok kita jatuh sebab dia rasa suka.Tapi kalau tengok orang senang mana nak suka ada Phd la katakan.
Wednesday, July 26, 2006
Aku tak leh ingat pasal nuklear ni.Nak kata bagus pun boleh tak bagus pun boleh juga.Tapi semua bergantung pada pembuatnya.Hari ni dalam sejarah kita dapati negara yang mempunyai nuklear telah menjadi negara yang kuat.Bukan apa macam pepatah zaman jahiliah dulu siapa kuat dialah kudrat.Zaman sekarang walaupun kepandaian itu penting tapi bila kekuatan membina alatan senjata canggih maka ia akan menjadi negara yang kuat.Sementelah lagi kalau negara itu kekurangan senjata maka ia akan dimakan oleh negara yang berkuasa.Segala undang-undang dunia digunakan agar dapat menjajah negara lain kononnya atas dasar keadilan.Tambah pula dasar globalisasi yang terkini maka negara membangun akan kena jajah kembali apabila segala pasaran dunia menjadi terbuka untuk dimasuk oleh semua negara.Negara membangun kurang dari segi kewangan dan kepakaran bagaimana nak compete dengan negara yang berpuluh tahun lebih maju dari mereka.Segala akan terjawab tidak lama lagi.Ikutilah perkembangan ini dengan melihat berita dimerata dunia.Kembali semula berkenaan senjata dan kepandaian akal maka disini juga negara membangun kurang pengetahuan dalam membina senjata jadi dimanakah keadilan dalam menghadapi musuh yang bersenjata hebat.Maka kita perlu sedar bahawa kita juga perlu maju didalam pembuatan industri senjata.Bukannya kita hendak memusuhi negara lain tapi ironinya kita perlukan kekuatan senjata untuk mempertahankan segala yang bersangkut paut dengan kehidupan kita.Contohnya jika negara dilanggar musuh maka dimana kita nak tinggal dengan rumah musnah.Dimana kita nak dapat bekalan makanan jika tak dapat bercucuk tanam.Dan bagaimana nak dapat wang kalau segalanya diistiharkan darurat.Mana pergi kerja kita.Fikirkanlah jadilah orang yang sentiasa bersiap sedia sebelum semuanya terlambat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment