Monday, March 21, 2005


EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat
golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel
ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu
supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta
berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-
anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh
anaknya.

KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam
diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa
tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita
jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing
keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari
ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan
yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,
mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan
dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka
kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang
bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka
yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI
MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri,
jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari
ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan
seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk
syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah
kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH
S.W.T berikan pada kita.




<<== Orang-orang yang hebat bukanlah orang yang selalu memiliki
hal-hal terbaik dalam hidupnya, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya. ===>>Penglipurlara
radzzah@yahoo.co.uk

No comments: